Monday, May 17, 2010

Perselisihan Faham .

Peperiksaan akhir tahun sudah bermula semenjak hari Isnin yang lalu . Aku dan kawana-kawanku membuat cadangan untuk belajar bersama-sama di sebuah restoran makanan segera Macdonald .

Hari itu ialah hari Rabu . Kami mahu belajar matematik kerana kertas matematik akan diadakan keesokan harinya . Kami pun bersiap-siap lalu membuat temu janji di restoran makanan segera yang berdekatan dengan rumah kami . Sedang kami belajar , Kami terdengar seorang pelanggan sedang menengking salah satuh pelayan yang berkerja di situ .

"Oi ! Kamu bodohkah ? Sayakan masih mahu burger saya itu ! Kenapa kamu buang ?" tengking seorang pelanggan yang kurang sopan itu kepada pelayan itu .

"Maafkan saya . Sayan tidak tahu yang kamu masih mahukan burger ini ," jawab pelayan itu dengan nada yang pelan .

"Apa maaf-maaf ? Sayan tidak kisah . Saya mahu berjumpa dengan manager kamu !" tengkingnya lagi .

Pelayan itu pun mamanggil managernya untuk bertemu dengan pelanggan itu . Pada waktu yang sama , terdapat ramai pelanggan yang lain di situ sedang menyaksikan pertengkaran mereka . Setelah managernya keluar , pelanggan itu dengan muka yag merah kerana marah memberitahu apa yang berlaku . Mereka berbual selama sepuluh minit , barulah muka pelanggan itu kembali seperti biasa . Mereka berbual dengan pelan disebabkan aku dan kawan-kawanku tidak dapat mendengar perbualan mereka . Kami hanya nmpak tangan mereka bergerak dan menunjuk-nunjuk ke arah palayan yang sedang munundukkan kepalanya kerana malu . Setelah mereka berbual , pelanggan itu diberikan burger yang baru lalu kembali ke tempat duduknya . Pelayan itu juga kembali bekerja manakala kami sambung belajar . Sedang aku belajar , mindaku terganggu kerana tidak habi-habis memikirkan tentang perselisihan paham yang berlaku tadi . Jika aku menjadi pelayan itu , aku pasti akan menjadi sangat marah kerana ditengking .

Setelah beberapa jam belajar , kami pun mahu pulang ke rumah . Apabila aku berada beberapa langkah mahu keluar dari restoran makanan segera itu , aku tertoleh ke arah pelanggan tadi . Aku dapati dia sedang melihat ke arahku dengan mata yan terbeliak . Dengan segera , aku memandangdepan yang menuju ke perhentian bas yang berdekatan .

No comments:

Post a Comment