Aku tidak sangka aku begitu zalim terhadap kawanku , Natasha walaupun dia tidak melakukan apa-apa kepadaku , melihat mukanya membuatku jijik kepadanya .
Natasha daripada kelas yang same dengan aku . aku tidak suka padanya kerana mukanya yg hodoh dan badannya yang berbau . Setiap hari , aku dan kawan-kawanku akan mengejeknya dan menyuruhnya melakukan kerja sekolah kami . Jika dia tidak mengikut perintah kami , dia akan disuruh membuat kerja yang lebih berat seperti mengangkat beg-beg kami .
Pada suatu hari , cikgu ros memberi kami banyak kerja rumah . Selepas waktu sekolah berakhir , aku dan kawan-kawanku dengan cepat mengejar Natasha yang sedang menuruni tangga . Kami memberinya kerja-kerja rumah kami dan menyuruhnya memulangkannya keesokkan hari dengan kerja yang sudah selesai . Selepas itu , kami pun beredar dari tempat itu dan menuju ke kolang blok yang berdekatan dengan sekolah .
Keesokkan harinya , Natasha tidak datang ke sekolah . Aku dan kawan-kawanku dimarahi cikgu Ros kerana tidak melakukan kerja rumah kami . Kami didenda dan disuruh untuk membersihkan kolam ikan di sekolah . Kami berasa amat malu kerana ramai pelajar melihatdan memtertawakan kami . Aku geram dah marah kepada Natsha ! Kami merancang untuk melakukan sesuatu kepadanye keesokkan harinya .
Natasha tiba di sekolah dengan wajah yang takut . Aku terus lari ke arahnya apabila aku ternampaknye sedang menuruni tangga .
"Eh kau ! Kenapa kau tidak datang sekolah semalam ?!" aku menengkingnya .
Natasha menjawab dengan suara yang terketar-ketar ," a..a..aku sakit se..se..semalam ."
"Jangan tipu ! Kerana kau , aku dan kawan-kawanku didenda oleh cikgu Ros ! Sekarang , terima balasan kau !" tengking aku lagi sambil menolaknya .
Dia terjatuh lalu tergolek hingga ke tingkat satu . Alangkah terperanjatnya aku melihat dia pengsan dengan kepala yang berlumuran darah . Aku terus cemas dan lari untuk cuba mengejutnya . Aku menyuruh kawanku yang lain untuk memanggil cikgu . Tiga minit kemudian , cikgu Ros dan guru besar sampai dengan wajah yang cemas . Cikgu Ros menelefon ambulans sementara guru besar menanyaku apa telah terjadi . Aku memberitahunya kesemua yang terjadi sehingga aku menangis terisak-isak .
Lima minit kemudian , ambulans pun sampai . Natasha dihantar ke hospital Changi . Untunglah Natasha tidak mengalami luka yang parah . Atas kesalahanku , aku menyuruh ibu bapaku membayarkan perubatan-perubatan yang dier perlukan . Aku dimarahi ibu bapaku lalu mereka menyuruhku meminta maaf kepada Natasha . Aku berjanji , aku tidak membulinya dan melakukan kesalaham itu lagi .